'Vlog ini adalah antara siri masakan makanan kegemaran saya. Sharing is caring kan. Untuk sambal, bahan saya guna hanya yang basic iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering. Saya juga tidak menggunakan asam jawa tetapi diganti dengan 2 sudu besar sos tomato. Untuk sambal, saya memang tak guna asam jawa kerana rasanya \'tajam\'. Resepi sambal ini juga boleh digunakan untuk aneka sambal lain seperti kerang, ayam, udang dan sebagainya. Tips untuk sambal yang sedap adalah pastikan ia dimasak lama sehingga naik minyak. Untuk sambal seafood, bagi mengelakkan sambal anda cair, pastikan sambal dimasak betul2 pekat dan garing. Nanti air seafood akan cairkan sambal tersebut. Dan seafood juga mudah masak jadi jangan lama-lama. Untuk udang, jika nak cepat, saya masak udang tersebut tanpa minyak dan half-cooked, lepas tu baru masukkan dalam sambal. Jika ada nak tanya apa2 pasal resepi ni, boleh je komen dibawah eh. Selamat mencuba Thank you for watching, Please Subscribe , Like and Share eh. :)Appreciation for music to: Audio Beat Official https://bit.ly/audiobeatofficial https://soundcloud.com/audiobeatoffic... Download: http://adfoc.us/59424577596696 _______________________________ Lope Music Production https://www.youtube.com/channel/UCTH8nUP55TidtU8dAumm-EA ---------------------------------------------------- Background Music Without Limitations https://www.youtube.com/channel/UC9YwmlkIQlAQPz8IY6RHnPg'
See also:
comments